Wednesday, June 26, 2013

Resepi Biskut Surprise Cornflakes

Assalamualaikum . . hehe aduhai . . mintak maaf la lambat update blog ye . . tangan ni kalau da malas menulis payah betul . . hehehe haaa . . nak dekat puasa da kan ? jum kita pakat-pakat buat kuih raya pulak . . dapatla jimatkan duit sikit-sikit . . untung-untung dapat pulak duit . . siapa tau kan ? meh kita buat kuih yang membuatkan kita kecur air liur (maafla ye . .) hehe layann~

RESEPI BISKUT SURPRISE CORNFLAKES
Bahan-bahan:
170g tepung gandum
3/4 sudu teh serbuk penaik
115g mentega
50g gula
1/2 biji telur
24 keping Cadbury Caramello - nak guna coklat lain pun tak ada masalah
1 biji putih telur - dipukul sedikit
Cornflakes - dihancurkan kasar

Cara-cara:
1) Ayak tepung dan serbuk penaik.
2) Putar mentega dan gula sehingga ringan, kemudian tambah 1/2 biji telur tadi dan pukul lagi sehingga sebati.
3) Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.
4) Ambil sedikit doh dan salutkan setiap keping coklat tadi hingga menjadi bulat.
5) Salutkan doh tadi dengan putih telur yang dipukul dan golekkan ke dalam cornflakes
6) Aturkan dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 170°C selama 25 minit. Kemudian, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

waaahhh . . permulaan yang bagus untuk buat kuih raya sebab kuih ni tak rumit pun nak buatnya . . hehe resepi nih saya ambil dari majalah Saji edisi Julai 2013 . . saya tengah seronok nih sebab oven baru dah nak pasang kat dapur . . besar sikit oven tu, senang nak bakar macam-macam . . ;) selamat mencuba~

wahh~ tangkap leleh gitu . . hehe

Sunday, June 23, 2013

Resepi Spagheti Kari Malaysia

Assalamualaikum . . hellooo~ hehe hari Ahad dikira sebagai hari pertama dalam seminggu kalau dalam kalendar kan ?? kihkihkih bukan apa . . tak sabar-sabar sangat dah nak share resepi . . :) hari-hari duk mencuba resepi baru dan olah resepi sendiri . . so harini saya nak kongsi resepi yang saya selalu makan sejak saya berumur 8-9 tahun kot . . hehe resepi mama saya, spagheti kari malaysia . . kari ? well, malaysia suka makan pedas sikit sebab tu mama saya letak serbuk kari . . tapi rasa still macam spagheti bolognese yang masam . . dan dalam entri nih saya gunakan daging kisar yang dimasak dalam kuah dan Insya-Allah saya akan buat resepi untuk spagheti bebola daging pulak lain kali . . nak cuba ?? :) jum layann . .

RESEPI SPAGHETI KARI MALAYSIA
Bahan-bahan:
430g tomato puri - lebih kurang satu tin besar
400g daging kisar - saya pakai jenama Ramly yang paket kecil
3 biji bawang besar - dicincang
2 biji bawang kecil - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
2 biji tomato - dicincang
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging - kurangkan kalau tak nak pedas
2 sudu besar rempah oregano - saya pakai jenama McCormick
Beberapa ketul sosej - dipotong nipis
1 tin cendawan butang - dipotong nipis
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1) Mula-mula, pastikan daging kisar anda telah dinyahbekukan dan berada pada suhu bilik supaya daging itu senang untuk dimasak nanti.
2) Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar, bawang kecil dan bawang putih yang dicincang tadi sehingga naik bau.
3) Masukkan daging kisar bersama bawang tadi dan pecah-pecahkan daging kepada ketulan-ketulan kecil.
4) Apabila daging kisar tadi sudah agak masak, masukkan tomato yang dicincang tadi bersama-sama cili kisar, serbuk kari daging dan tomato puri.
5) Menggunakan tin tomato puri tadi isikan air sehingga penuh dan masukkan dalam periuk tadi. Biarkan ia mereneh seketika.
6) Masukkan garam dan gula secukup rasa dan rempah oregano.
7) Apabila anda sudah mendapatkan rasa yang anda kehendaki(saya suka tak terlalu masam), masukkan cendawan dan sosej dan biarkan selama 5 minit kemudian tutup api.
8) Untuk spagheti atau makaroni, masukkan air dan 2 sudu besar minyak masak kedalam periuk lain dan masukkan spagheti anda dan biarkan air mendidih sehingga spagheti agak lembut. Angkat dan toskan spagheti anda dan hidangkan bersama-sama kuah tadi.

Wahh . . barat gitu . . :) dan kalau anda suka, bolehlah letakkan parutan keju semasa anda hidangkannya ketika masih panas . . Hmm . . bagi saya, saya boleh makan kuahnya dengan apa sahaja . . makaroni, spagheti dan even nasi ! :) hehehe tak tipu . . sebab saya suka kuah dia agak pedas dan masam . . so, selamat mencuba ye dan harap resepi ni tak terlalu kompleks dan susah . . :)

hehe tak jumpa spagheti, bantai je dengan nasi . . :)

Tuesday, June 18, 2013

Resepi Kek Kukus SnowBerry

Assalamualaikum . . haaa, tak nyempat tunggu minggu depan terus mencurah idea nih . . hehe apa snow tu ?? haaa, saya guna meringue untuk buat snow tu . . nanti saya terangkan cara-caranya . . resepi kek kukus nih saya jumpa dari laman kongsi resepi tapi dalam resepi tu dia buat kek kukus strawberry . . saya tak ada jem strawberry so saya gantikan dengan jem blueberry . . sebab tula namanya snowberry saja . . :)  dan idea snow tu pulak saya dapat masa saya tengok masterchef selebriti malaysia 2 episod berapa entah . . masa tu cat farish tersingkir tapi dia buat resepi jeli dengan snow meringue nih . . so saya cilok resepi snow meringue tu dan mix dengan kek kukus berry saya tu . . tak sabar da nak buat ?? :) hehehe jum2~

RESEPI KEK KUKUS SNOWBERRY
Bahan-bahan untuk kek:
4 biji telur - sejuk dari peti
1/2 cawan gula halus - tak suka manis kurangkan sikit
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu besar ovalette
75ml susu cair
1/4 sudu kecil garam
50ml minyak sayur atau minyak jagung - tapi saya hentam pakai minyak masak je
1/2 sudu kecil esen vanilla
Jem strawberry/blueberry
Pewarna merah
Perisa strawberry

Bahan-bahan untuk snow meringue:
4 biji putih telur - gred C pun tak apa sebab saya buat dapat banyak
1/2 cawan gula - kalau tak nak manis kurangkan ye

Cara-cara:
Untuk kek :
1) Ayak tepung dengan baking powder.
2) Pukul telur dan gula sampai kembang dan gebu. Kemudian, masukkan tepung yang diayak tadi diselangselikan dengan susu dan pukul hingga kembang.
3) Masukkan garam, esen vanilla dan ovalette. Pukul sehingga kembang gebu dan ringan.
4) Masukkan minyak dan kaupbalikkan dengan spatula.
5) Bahagikan adunan kepada dua. Masukkan pewarna merah sedikit untuk beri kesan warna merah jambu dan masukkan perisa strawberry kedalam salah satu adunan.
6) Sapukan loyang dengan sedikit minyak atau margerin. Tuangkan adunan strawberry dahulu sebagai base. Kukus selama 5-7 minit. Kemudian, masukkan pula adunan putih dan picitkan jem blueberry/strawberry sedikit-sedikit. Kukus lagi selama 5-7 minit.
7) Ulang langkah 6 dan akhiri lapisan dengan adunan strawberry dan kukus selama 20 minit.
8) Kalau nak lagi cantik, setelah kek tadi sejuk, potong mengikut bentuk yang disukai.

Untuk snow meringue :
1) Pukul putih telur sehingga kembang dan memutih. Untuk pastikan ianya dah kembang, cuba terbalikkan bekas dan telur tadi tak akan jatuh.
2) Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil memukul lagi adunan. Pukul adunan ini sehingga kembang dan tak jatuh seperti putih telur tadi.
3) Panaskan susu cair atau susu segar dan rebus meringue tadi kecil-kecil.
4) Setelah 3 minit direbus, angkat dan letak diatas kek tadi.

Haaa . . kan dah jadi . . hehe sebenarnya ingat nak buat sos blueberry lagi letak atas snow tu tapi rasa macam terlampau manis  pulak . . ni pun da okay nak makan . . ingat, api sederhana je tau . . nanti kek tu merekah pulak . . Kuning telur saya goreng buat omelette dan susu rebus tu saya buat air epal susu blend dengan ais . . hehe barula tak membazir . . Selamat mencuba ye . . :)

alololo comeynye . . hehehe :)

Monday, June 17, 2013

Resepi Roti Jala dan Kari Daging

Assalamualaikum . . hehe haa ni satu lagi resepi minggu ni . . roti jala pulak dah . . saya sebenarnya saja belek-belek majalah Rasa yang latest edisi 144 Julai 2013 . . kat tengah-tengah page majalah ada rsepi-resepi kuih-muih warisan . . so saya sangat tertarik dengan roti jala ni haa . . sebab tak penah buat, so nak sangat try . . barang dah ada, tinggal buat tu tak pernah . . so, apalagi ?? cubalah~ hehehe

RESEPI ROTI JALA DAN KARI DAGING
Bahan-bahan roti jala:
500gm tepung gandum
1 sudu kecil pewarna kuning
1 biji telur
3 sudu besar minyak masak
600ml air
1/2 sudu kecil garam

Bahan-bahan kari daging:
500gm daging lembu - ayam pun boleh
2 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2cm halia - kisar
1 batang serai - kisar
1 tangkai daun kari
1 biji tomato - potong dadu
5 sudu besar serbuk kari daging
150ml santan
20gm asam jawa - bancuh
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Untuk kari:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau dan masukkan serbuk kari.
2) Masukkan daging, air asam jawa, daun kari dan santan. Reneh dan kacau sehingga daging empuk dan tambah garam secukup rasa.

Untuk roti jala:
1) Campurkan semua bahan dan panaskan kuali leper(anti-lekat).
2) Gunakan cawan roti jala dan layangkan adunan tersebut diatas kuali.
3) Setelah tepung berubah warna, lipat kedua-dua belah roti jala dan gulung menjadi bentuk silinder. Hidangkan bersama-sama kari tadi.

haaa . . senang kan ? tak sangka sangat semudah ni je . . kari tu pun nak buat kari yang biasa makan tu pun tak apa . . dan sebelum layang kan roti jala atas kuali leper, kalau boleh beruskan sikit dengan minyak atau margerin . . kalau tak ada berus, juz titiskan sikit minyak masak tu . . kalau banyak sangat minyak, tak sedap nanti . . cuma tak nak bagi lekat je . . okayla, tu je nota-nota penting . . so kita jumpa lagi minggu depan ! Insya-Allah . . :)

maafla ye . . tak pandai nak gulung . . hehe :)

Resepi Apam Polkadot Gebu

Assalamualaikum readers semua :) akhirnya setelah sekian lama menyepi terdetik jugakla nak update balik blog ni . . tapi kali nih nak update tentang masakan sahaja, Insya-Allah . . dan seperti tajuk saya diatas, saya akan update 2 resepi setiap minggu dan kalau ada tambahan resepi lagi untuk minggu tersebut saya akan masukkan dalam 'Bonus Recipe' . . okay, harini saya nak update 2 resepi pertama yang akan menghiasi blog saya ni iaitu 'Apam Polkadot' dan 'Roti Jala dan Kari Daging' . . haa, amacam best tak ?? apam polkadot nih saya dah pernah buat dulu tapi merekah dan bantat . . so, baru-baru ni saya search internet dan terjumpa blog galeri mama mimi . . adala resepi apam polkadot nih yang gebu (katanya la..) . . so nak try an error, saya cuba resepi dia . . dan ambik nota-nota penting yang diberikan . . Alhamdulillah memang betul-betul gebu dan mak saya suka sangat :) . . galeri mama mimi ambil resepi tersebut dari majalah Rasa . . saya ada banyak jugak majalah Rasa ni(koleksi mak saya..hehe) tapi kalau nak belek satu-satu jenuhla sebab saya tak ingat edisi mana yang ada resepi apam nih . . mujurlah internet sekarang di hujung jari dan terima kasih banyak-banyak kepada galeri mama mimi sebab berkongsi resepi tersebut :) . . da banyak sangat berceloteh, mari kita pergi kepada resepi pertama kita minggu ni . . .

RESEPI APAM POLKADOT
Bahan-bahan:
140gm tepung gandum - diayak
1 1/2 sudu kecil baking powder - diayak
110gm gula halus
75ml susu cair atau susu segar
2 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1/2 sudu esen vanilla
Filling - saya pakai jem blueberry
Pewarna makanan - saya pakai pewarna oil base
Mangkuk kertas

Cara-cara:
1) Pukul telur dan gula sehingga kembang. Pastikan kembang tu sampai warnanya putih dan agak berbuih.
2) Masukkan tepung gandum dan baking powder yang diayak tadi diselangselikan dengan susu cair.
3) Masukkan perisa vanilla dan ovalette. Putar sehingga kembang gebu dan berwarna putih.
4) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut berapa jenis warna yang dikehendaki dan masukkan pewarna makanan.
5) Isikan adunan dalam piping bag atau plastik, gunting hujungnya dan picitkan kedalam mangkuk kertas yang telah dimasukkan kedalam acuan - saya guna acuan kuih lompang sebab nak apam ni kecil je.
6) Kukus selama 10-15 minit dan hidangkan.

Nota  Penting !!!
- Gunakan api sederhana untuk elak apam nih merekah . . Jangan gunakan api besar . .
- Untuk hasil yang cantik, balut tudung periuk kukus dengan kain bersih supaya air kukusan pada tudung periuk tak menitis kedalam adunan . .
- Pastikan ovalette diletakkan akhir sekali . .
- Dan yang paling penting, pastikan setiap kali selepas bahan dimasukkan, tunggu sehingga adunan diputar sehingga kembang gebu . . supaya adunan nanti tak bantat . . bagi saya, setiap kali lepas masukkan bahan, saya akan putar selama 10minit(pakai mixer) lepas tu baru masuk bahan lain . . so, overall masa yang saya gunakan untuk putar adunan ni adalah 30minit . . kesabaran dan penantian tu amat bernilai bila hasilnya menjadi :)

Okay, readers . . amacam ?? nak try tak ? saya pun bukan pandai sangat memasak, masih belajar untuk memasak . . :) bagi saya, memasak ni tak susah kalau kita letakkan sepenuh hati kita semasa memasak . . dan JANGAN MALAS ! hehehe kalau kita memasak dengan ikhlas, Insya-Allah masakan kita pun akan menjadi . . itu sahaja untuk resepi pertama, jangan lupa tengok resepi kedua ya . . :)

nah, Strawberry dengan telur dinosaur . . hehe :)