RESEPI BISKUT SURPRISE CORNFLAKES
Bahan-bahan:
170g tepung gandum
3/4 sudu teh serbuk penaik
115g mentega
50g gula
1/2 biji telur
24 keping Cadbury Caramello - nak guna coklat lain pun tak ada masalah
1 biji putih telur - dipukul sedikit
Cornflakes - dihancurkan kasar
Cara-cara:
1) Ayak tepung dan serbuk penaik.
2) Putar mentega dan gula sehingga ringan, kemudian tambah 1/2 biji telur tadi dan pukul lagi sehingga sebati.
3) Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.
4) Ambil sedikit doh dan salutkan setiap keping coklat tadi hingga menjadi bulat.
5) Salutkan doh tadi dengan putih telur yang dipukul dan golekkan ke dalam cornflakes
6) Aturkan dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 170°C selama 25 minit. Kemudian, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
waaahhh . . permulaan yang bagus untuk buat kuih raya sebab kuih ni tak rumit pun nak buatnya . . hehe resepi nih saya ambil dari majalah Saji edisi Julai 2013 . . saya tengah seronok nih sebab oven baru dah nak pasang kat dapur . . besar sikit oven tu, senang nak bakar macam-macam . . ;) selamat mencuba~
wahh~ tangkap leleh gitu . . hehe
No comments:
Post a Comment
tengok2 ;) meh comment meh~