RESEPI PUDING KARAMEL
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1/2 cawan air - untuk karamel
1 cawan air - untuk puding
3sudu besar gula - untuk puding
5 biji telur
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
1) Masak gula di atas api sederhana hingga berwarna keperangan dan masukkan 1/2 cawan air. Kacau sehingga sebati gula dan air dan tidak berketul.
2) Setelah gula tadi sebati, tutup api dan terus masukkan gula hangus ke dalam bekas untuk elakkan gula hangus ini mengeras.
3) Pukul telur supaya sebati putih dan kuning telur. Ketepikan dahulu.
4) Panaskan susu cair di atas api sederhana sehingga suam-suam kuku dan masukkan 3 sudu besar gula bersama 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan tutup api.
5) Tuang telur yang dipukul kedalam susu sambil ditapis supaya tidak berketul dan kacau sebati.
6) Tuangkan pula susu bersama telur tadi ke kedalam bekas yang berisi gula hangus tadi.
7) Kukus selama 20-30 minit sehingga puding tersebut masak.
8) Setelah puding tadi dibiarkan sejuk seketika, masukkan dalam peti ais jika anda suka ianya dihidangkan sejuk.
emmm . . sedap . . tapi cabaran masa saya buat puding ni masa nak tuang air lepas gula dah jadi perang sebab air tu menggelegak sangat lepas tu gula pulak macam keras berketul-ketul . . tapi lepas kacau sekejap, menjadi jugak hasilnya . . Selamat mencuba ! :)
comel dan tak muak letak dalam bekas kecik :)
No comments:
Post a Comment
tengok2 ;) meh comment meh~