RESEPI POPIA NESTUM
Bahan-bahan:
1/2 cawan gula
2 1/2 cawan nestum
1/2 cawan susu tepung - saya guna susu tepung Dutch Lady madu
Kulit popia
Cara-cara:
1) Gulung kulit popia dan gamkan di hujungnya dengan tepung gandum yang dicampur air. Gunting menyerong dan goreng hingga keperangan.
2) Kisar gula, nestum dan susu tepung bersama dan kacau sebati. Toskan kulit popia dan gaulkan kedalam campuran kisar tadi dan simpan di dalam bekas kedap udara.
easy as A, B, C . . :) step senang, bahan pun tak banyak tapi hasil yang sedap . . hehe family saya kalau nak makan, tak pakai dah pinggan . . terus guna sudu je suap dalam mulut . . hehe cuba ye~ ;)
hehe celup-celup guna sudu :)
No comments:
Post a Comment
tengok2 ;) meh comment meh~