RESEPI TRIFEL STRAWBERI
Bahan-bahan:
Kek swiss roll yang belum digulung atau disapu whip cream
Kastard vanilla
Jeli strawberi
Cornflakes peroi
Bahan untuk kastard vanilla:
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
480ml susu
60g gula
1/2 sudu teh esen vanilla
2 biji kuning telur - dipukul sedikit
10g mentega
Cara membuat kastard vanilla:
1) Larutkan tepung jagung dan tepung kastard ke dalam 80ml susu.
2) Panaskan baki susu dalam kuali dan masukkan gula, kacau sehingga mendidih.
3) Tuang sekurang-kurangnya 3 senduk susu panas ke dalam larutan tepung dan susu tadi dan kacau hingga sebati.
4) Masukkan larutan tepung dan susu ke dalam susu panas semula dan kacau sehingga campuran menjadi pekat dan mendidih.
5) Masukkan kuning telur, kacau dengan cepat dan tutup api. Terus kacau selama beberapa minit.
6) Tambahkan esen vanilla dan mentega, kacau sehingga mentega cair dan sebati.
Bahan untuk jeli strawberi:
2 sudu teh serbuk gelatin
70ml air
60g jem strawberi
Cara membuat jeli strawberi:
1) Rendam serbuk gelatin ke dalam 70ml air dan biarkan selama 5 minit untuk mengembang.
2) Panaskan campuran gelatin sehingga cair dan masukkan jem strawberi. Masukkan potongan buah strawberi jika ada.
3) Masak selama 5 minit dan boleh terus dituang ke dalam bekas yang ingin digunakan.
Bahan untuk cornflakes peroi:
25g tepung gandum
15g gula perang
24g mentega
15g cornflakes - dihancurkan sedikit
Cara membuat cornflakes peroi:
1) Campurkan tepung dan gula, kemudian gaulkan bersama mentega.
2) Masukkan cornflakes dan gaulkan campuran hingga sebati.
3) Susun pada dulang pembakar dan bakar pada suhu 180°C selama 8 minit atau sehingga keperangan.
Cara-cara menyediakan trifel:
1) Letakkan 1 sudu besar kastard ke dalam setiap bekas yang digunakan untuk membuat trifel.
2) Potong swiss roll mengikut bentuk bekas yang digunakan dan masukkan swiss roll sebagai lapisan kedua selepas kastard.
3) Tuangkan jeli strawberi sebelum jeli mengeras ke dalam bekas yang digunakan selepas lapisan kek swiss roll.
4) Sejukkan dalam peti sejuk supaya jeli mengeras.
5) Letakkan lebihan kastard kedalam bekas yang digunakan dan taburkan cornflakes peroi. Hidangkan sejuk.
haaa . . terkejut tak ? memang nampak macam banyak tapi bila dibuat senang je . . asalkan kita buat ikut steps . . daripada kastard hingga peroi tuu . . yang ni pun satu resepi yang direquest oleh kakak saya . . hehe suka betul dia makan makanan camni . . okay, jangan malas yer . . cuba jangan tak cuba ! ;)
yumm3~ sejuk2 sedap . . :)
No comments:
Post a Comment
tengok2 ;) meh comment meh~