Saturday, July 6, 2013

Resepi Swiss Roll Gebu

Assalamualaikum . . haii semua !! lame dah tak update . . hehe nasib baik program '1 Week 2 Recipes' tetap jalan . . kalau tak . . huhu okayy . . kali nih bonus recipe saya nak kongsi resepi dari majalah Seri Dewi & Keluarga edisi Julai 2013 Bil. 211 . . resepi asal adalah Swiss Roll Oreo tapi saya lebih suka olah cara saya :) . . ni resepi kedua yang saya cuba sebab resepi pertama yang saya guna, swiss roll ni jadi bantat dan macam kek lapis biasa je . . mungkin saya silap tapi entahla . . so, saya cuba resepi baru ni dan hasilnya, walahh ! hehe jom kita cuba dulu~

RESEPI SWISS ROLL GEBU
Bahan A:
2 biji kuning telur
30gm minyak masak
40gm air sejuk
50gm tepung gandum - diayak
1/8 sudu teh baking powder - diayak
Secubit garam - saya tak letak pun

Bahan B:
2 biji putih telur
30gm gula halus
1/8 sudu teh krim tartar (cream of tartar)

Bahan-bahan inti:
Jem strawberi - atau mana-mana jem kesukaan anda
Whipping cream - diputar hingga kembang dan gebu
Beberapa biji buah strawberi - jika suka

Cara-cara:
1) Pukul kuning telur bersama tepung yang telah diayak sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2) Masukkan air sejuk dan minyak masak dan pukul sehingga adunan sebati.
3) Dalam mangkuk lain, pukul putih telur hingga kembang dan gebu seperti meringue, masukkan gula dan krim tartar dan pukul lagi hingga kembang gebu dan sebati.
4) Masukkan adunan putih telur (meringue) tadi ke dalam adunan tepung dan kuning telur tadi dan kaupbalikkan menggunakan spatula sehingga kedua-dua adunan sebati.
5) Lengserkan loyang dengan marjerin atau mentega dan letakkan kertas pembakar dan lengserkan lagi mentega di atas kertas pembakar tadi. Masukkan adunan dan ratakan dalam loyang.
6) Bakar di dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 160°C. Setelah masak, biarkan sejuk seketika.
7) Setelah swiss roll tadi sejuk, sapukan whipping cream pada swiss roll dan sapukan pula jem kesukaan anda dan susun buah secara selari. Gulung swiss roll anda dan potong sebelum dihidangkan.

okay, resepi ni sebenarnya permintaan kakak saya sebab dia sangat suka makan swiss roll ni . . selain boleh dimakan sebagai swiss roll, saya ada juga gunakan dalam resepi lain seperti trifle . . haa, kalau nak tau resepi ni kena tunggu minggu depan :) . . versi swiss roll saya ni saya tak letak pun buah kat tengah-tengah swiss roll tu sebab terlupa beli . . hehe dan satu lagi kalau anda rasa adunan berbau agak hanyir kerana telur, anda boleh tambahkan 1 sudu teh esen vanilla . . kalau suka, cuba ye~ :)


saya tak pandai menggulung so dapat lerr rekahan-rekahan . . huhu :)

No comments:

Post a Comment

tengok2 ;) meh comment meh~