Thursday, July 11, 2013

Resepi Homemade Lasagna

Assalamualaikum . . :) haii semua readers . . Alhamdulillah da masuk bulan Ramadhan . . sama-samalah kita memanfaatkan masa yang ada sepanjang bulan yang mulia ni dengan amal ibadat . . maaf la ye saya lambat update minggu ni sebab saya sakit sikit . . ada alahan pulak pada belacan . . huhu sedih nya . . jadi, hari ni saya nak kongsi resepi lasagna ala-ala di Pizza Hut gitu . . okay, resepi ni dari A sampai Z buat sendiri maknanya kulit lasagna tu pon saya buat sendiri . . boleh je nak pakai instant tapi saya lagi suka dapat buat sendiri semuanya . . resepi ni saya dapat dari laman web kongsi resepi dan itulah satu-satunya laman web Bahasa Malaysia yang ajar buat lasagna dari kulit sampai sos nya . . ada dua sos yang kita kena buat iaitu sos bolognaise dan sos bechamel (sos putih) . . ni pun satu resepi yang panjang gak . .jadi, bagi yang sabar, insya-Allah resepi ni memang menjadi . . first sekali, kita kena buat onion pique untuk sos putih kita . . apa tu onion pique ? meh tengok jap . .

ni haa onion pique . . ;)

maafla ye ambik gmbar lepas masak . . onion pique ni bahan-bahannya 1/2 biji bawang besar, 1 helai daun bay dan 4-5 kuntum bunga cengkih . . bawang dibelah tengah tak putus, diselitkan daun bay dan dicucuk-cucuk dengan bunga cengkih . . hehe ni bukan voodoo okay . . reason dia sebab rasa dari daun bay dan bunga cengkih diserap ke dalam bawang dan bila dimasak lebih senang aroma tu disebarkan kedalam sos putih kita nanti . . cakap pasal daun bay, daun ni memangla mahal . . ish3 . . saya beli jenama McCormick pun da RM6++ . . ada satu lagi jenama tu sampai RM10++ . . tak terdaya den . . huhu okay da buat onion pique kita teruskan lagi memasak . . jum2~

RESEPI HOMEMADE LASAGNA
Bahan-bahan sos putih:
30g mentega
30g tepung gandum
500ml susu segar/UHT
1 unit onion pique
Sedikit garam

Cara membuat sos putih:
1) Panaskan mentega sehingga cair dan masukkan tepung gandum, kacau sebati.
2) Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.
3) Masukkan onion pique dan kacau sehingga sos halus dan pekat.
4) Akhir sekali, perasakan dengan garam dan tutup api.

Bahan-bahan sos bolognaise:
1 biji bawang besar - didadu
2 sudu besar mentega
3 biji tomato segar - didadu
250g daging/isi ayam - cincang -saya guna daging kisar Ramly
100g cendawan butang - dihiris nipis
2 sudu besar tomato puri
2 sudu kecil oregano
1 helai daun bay
Garam dan lada sulah

Cara membuat sos bolognaise:
1) Panaskan mentega, tumis bawang hingga layu, masukkan tomato dan masak hingga hancur.
2) Tambahkan daging, daun bay dan cendawan, masak hingga daging empuk.
3) Masukkan tomato puri, oregano, garam dan lada sulah.
4) Masak sehingga sos menjadi pekat.

Bahan-bahan pasta/kulit lasagna:
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
150g tepung gandum

Cara membuat pasta/kulit lasagna:
1) Larutkan garam dalam telur.
2) Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga keras tapi boleh dicanai.
3) Rehatkan dalam bekas tertutup selama 30minit dan canai nipis.
4) Potong mengikut bentuk acuan dan rebus dalam air mendidih selama 10-15minit.

Bahan-bahan lasagna:
Pasta/Kulit lasagna
Sos putih(Sos bechamel)
Sos bolognaise
Keju mozarella - saya guna keju pizza topping iaitu mixed cheese

Cara membuat lasagna:
1) Masukkan sos putih sedikit pada bekas yang digunakan sebagai satu lapisan. Lapiskan pula dengan kulit lasagna.
2) Masukkan parutan keju rata dan masukkan sos bolognaise.
3) Ulangi dengan sos putih, kulit lasagna, parutan keju dan sos bolognaise hingga habis.
4) Bagi lapisan terakhir adalah kulit lasagna dan parutan keju.
5) Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 20-25minit atau sehingga parutan keju cair dan keperangan.

haaa . . harap bersabar ye . . hehe apa-apa pun inilah satu-satunya resepi saya buat yang mak saya boleh habiskan sampai lebih separuh sebab katanya masakan ni tak manis . . hehe yelaa . . sebelum ni saya asyik buat benda-benda manis je kan . . dan katanya lagi, yang paling sedap adalah sos putih tu . . jadi, buat yang curiga dan ragu-ragu, cubalah dulu baru tahu . . :) selamat menunaikan ibadah puasa . .

pastikan sos pekat ye . . :) Selamat berpuasa~



1 comment:

tengok2 ;) meh comment meh~