Saturday, July 20, 2013

Resepi Popia Nestum

Assalamualaikum . . okay, entry ni saya nak kongsikan resepi yang saya selalu sangat buat masa duk matrik untuk jual . . hehe saja-saja je jual . . suka-suka :) . . resepi ni kakak saya suka sebab dia banyak nestum . . hehe special untuk kakak saya . . jum~ :)

RESEPI POPIA NESTUM
Bahan-bahan:
1/2 cawan gula
2 1/2 cawan nestum
1/2 cawan susu tepung - saya guna susu tepung Dutch Lady madu
Kulit popia

Cara-cara:
1) Gulung kulit popia dan gamkan di hujungnya dengan tepung gandum yang dicampur air. Gunting menyerong dan goreng hingga keperangan.
2) Kisar gula, nestum dan susu tepung bersama dan kacau sebati. Toskan kulit popia dan gaulkan kedalam campuran kisar tadi dan simpan di dalam bekas kedap udara.

easy as A, B, C . . :) step senang, bahan pun tak banyak tapi hasil yang sedap . . hehe family saya kalau nak makan, tak pakai dah pinggan . . terus guna sudu je suap dalam mulut . . hehe cuba ye~ ;)

hehe celup-celup guna sudu :)

Resepi Biskut Coklat Nestum

Assalamualaikum . . :) mintak maaf banyak-banyak . . saya tak update minggu ni . . dah akhir baru la update . . intenet down sangat minggu ni . . ni baru boleh update . . huhu so, saya ingat lepas-lepas ni nak update pasal kuih-muih untuk raya je . . insya-Allah . . okay, resepi saya nak kongsi hari ni sebenarnya resepi biskut coklat strawberi tapi saya ubah sikit sebab kekurangan bahan . . :) so. enjoy~

RESEPI BISKUT COKLAT NESTUM
Bahan-bahan:
130gm mentega
20gm lemak sayuran/vegetable shortening
80gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
170gm tepung gandum - diayak
40gm tepung jagung - diayak
1/8 sudu kecil serbuk penaik - diayak
30gm nestum
40gm cornflakes - dihancurkan sedikit
20gm serbuk badam - tak nak letap pun tak apa

Topping:
50gm dark chocolate compound - saya pakai jenama Beryl's
30gm cornflakes - dihancurkan separuh

Cara-cara:
1) Pukul mentega, lemak sayuran dan gula hingga sebati dan gebu.
2) Masukkan kuning telur dan esen vanila.
3) Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik yang diayak sekali sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati.
4) Masukkan nestum, cornflakes dan serbuk badam. Kacau sebati.
5) Canaikan doh dan terap mengikut bentuk kesukaan anda. Bakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit atau sehingga keperangan. Setelah masak, biarkan sejuk supaya biskut mengeras.
6) Untuk topping, cairkan chocolate compound menggunakan kaedah double-boil. Celupkan biskut kedalam coklat dan hiaskan dengan cornflakes.

okayy siap . . hehe untuk topping boleh jugak kalau letak chocolate rice atau coklat urai yang warna-warni tu bagi berseri-seri . . hehe selamat mencuba ya :)

biskut-biskut~ ;)

Thursday, July 11, 2013

Resepi Homemade Lasagna

Assalamualaikum . . :) haii semua readers . . Alhamdulillah da masuk bulan Ramadhan . . sama-samalah kita memanfaatkan masa yang ada sepanjang bulan yang mulia ni dengan amal ibadat . . maaf la ye saya lambat update minggu ni sebab saya sakit sikit . . ada alahan pulak pada belacan . . huhu sedih nya . . jadi, hari ni saya nak kongsi resepi lasagna ala-ala di Pizza Hut gitu . . okay, resepi ni dari A sampai Z buat sendiri maknanya kulit lasagna tu pon saya buat sendiri . . boleh je nak pakai instant tapi saya lagi suka dapat buat sendiri semuanya . . resepi ni saya dapat dari laman web kongsi resepi dan itulah satu-satunya laman web Bahasa Malaysia yang ajar buat lasagna dari kulit sampai sos nya . . ada dua sos yang kita kena buat iaitu sos bolognaise dan sos bechamel (sos putih) . . ni pun satu resepi yang panjang gak . .jadi, bagi yang sabar, insya-Allah resepi ni memang menjadi . . first sekali, kita kena buat onion pique untuk sos putih kita . . apa tu onion pique ? meh tengok jap . .

ni haa onion pique . . ;)

maafla ye ambik gmbar lepas masak . . onion pique ni bahan-bahannya 1/2 biji bawang besar, 1 helai daun bay dan 4-5 kuntum bunga cengkih . . bawang dibelah tengah tak putus, diselitkan daun bay dan dicucuk-cucuk dengan bunga cengkih . . hehe ni bukan voodoo okay . . reason dia sebab rasa dari daun bay dan bunga cengkih diserap ke dalam bawang dan bila dimasak lebih senang aroma tu disebarkan kedalam sos putih kita nanti . . cakap pasal daun bay, daun ni memangla mahal . . ish3 . . saya beli jenama McCormick pun da RM6++ . . ada satu lagi jenama tu sampai RM10++ . . tak terdaya den . . huhu okay da buat onion pique kita teruskan lagi memasak . . jum2~

RESEPI HOMEMADE LASAGNA
Bahan-bahan sos putih:
30g mentega
30g tepung gandum
500ml susu segar/UHT
1 unit onion pique
Sedikit garam

Cara membuat sos putih:
1) Panaskan mentega sehingga cair dan masukkan tepung gandum, kacau sebati.
2) Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.
3) Masukkan onion pique dan kacau sehingga sos halus dan pekat.
4) Akhir sekali, perasakan dengan garam dan tutup api.

Bahan-bahan sos bolognaise:
1 biji bawang besar - didadu
2 sudu besar mentega
3 biji tomato segar - didadu
250g daging/isi ayam - cincang -saya guna daging kisar Ramly
100g cendawan butang - dihiris nipis
2 sudu besar tomato puri
2 sudu kecil oregano
1 helai daun bay
Garam dan lada sulah

Cara membuat sos bolognaise:
1) Panaskan mentega, tumis bawang hingga layu, masukkan tomato dan masak hingga hancur.
2) Tambahkan daging, daun bay dan cendawan, masak hingga daging empuk.
3) Masukkan tomato puri, oregano, garam dan lada sulah.
4) Masak sehingga sos menjadi pekat.

Bahan-bahan pasta/kulit lasagna:
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
150g tepung gandum

Cara membuat pasta/kulit lasagna:
1) Larutkan garam dalam telur.
2) Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga keras tapi boleh dicanai.
3) Rehatkan dalam bekas tertutup selama 30minit dan canai nipis.
4) Potong mengikut bentuk acuan dan rebus dalam air mendidih selama 10-15minit.

Bahan-bahan lasagna:
Pasta/Kulit lasagna
Sos putih(Sos bechamel)
Sos bolognaise
Keju mozarella - saya guna keju pizza topping iaitu mixed cheese

Cara membuat lasagna:
1) Masukkan sos putih sedikit pada bekas yang digunakan sebagai satu lapisan. Lapiskan pula dengan kulit lasagna.
2) Masukkan parutan keju rata dan masukkan sos bolognaise.
3) Ulangi dengan sos putih, kulit lasagna, parutan keju dan sos bolognaise hingga habis.
4) Bagi lapisan terakhir adalah kulit lasagna dan parutan keju.
5) Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 20-25minit atau sehingga parutan keju cair dan keperangan.

haaa . . harap bersabar ye . . hehe apa-apa pun inilah satu-satunya resepi saya buat yang mak saya boleh habiskan sampai lebih separuh sebab katanya masakan ni tak manis . . hehe yelaa . . sebelum ni saya asyik buat benda-benda manis je kan . . dan katanya lagi, yang paling sedap adalah sos putih tu . . jadi, buat yang curiga dan ragu-ragu, cubalah dulu baru tahu . . :) selamat menunaikan ibadah puasa . .

pastikan sos pekat ye . . :) Selamat berpuasa~



Monday, July 8, 2013

Resepi Trifel Strawberi

Assalamualaikum . . :) hari ni hari isnin dan seperti yang saya janjikan macam dalam entry saya yang lepas Resepi Swiss Roll Gebu di mana kek swiss roll tu bukan saja boleh digulung tapi boleh digunakan untuk resepi yang lain . . haa, sebagai contohnya, resepi trifel ni . . okay, resepi trifel ni pun sebenarnya saya ambil dari majalah yang sama macam swiss roll gebu tu iaitu majalah Seri Dewi & Keluarga edisi Julai 2013 bil. 211 tapi saya olahkan resepi asalnya . . resepi asalnya adalah Trifle Pic dengan Cornflakes Peroi tapi saya ubah jadi Trifel Strawberi tapi saya still kekalkan cornflakes peroi tu . . okay, untuk orang yang dah bersedia nak cuba resepi ni, jangan terkejut sebab resepi dia agak banyak tapi bila kita sendiri yang buat sebenarnya senang je . . so, jom kita tengok dulu :)

RESEPI TRIFEL STRAWBERI
Bahan-bahan:
Kek swiss roll yang belum digulung atau disapu whip cream
Kastard vanilla
Jeli strawberi
Cornflakes peroi

Bahan untuk kastard vanilla:
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
480ml susu
60g gula
1/2 sudu teh esen vanilla
2 biji kuning telur - dipukul sedikit
10g mentega

Cara membuat kastard vanilla:
1) Larutkan tepung jagung dan tepung kastard ke dalam 80ml susu.
2) Panaskan baki susu dalam kuali dan masukkan gula, kacau sehingga mendidih.
3) Tuang sekurang-kurangnya 3 senduk susu panas ke dalam larutan tepung dan susu tadi dan kacau hingga sebati.
4) Masukkan larutan tepung dan susu ke dalam susu panas semula dan kacau sehingga campuran menjadi pekat dan mendidih.
5) Masukkan kuning telur, kacau dengan cepat dan tutup api. Terus kacau selama beberapa minit.
6) Tambahkan esen vanilla dan mentega, kacau sehingga mentega cair dan sebati.

Bahan untuk jeli strawberi:
2 sudu teh serbuk gelatin
70ml air
60g jem strawberi

Cara membuat jeli strawberi:
1) Rendam serbuk gelatin ke dalam 70ml air dan biarkan selama 5 minit untuk mengembang.
2) Panaskan campuran gelatin sehingga cair dan masukkan jem strawberi. Masukkan potongan buah strawberi jika ada.
3) Masak selama 5 minit dan boleh terus dituang ke dalam bekas yang ingin digunakan.

Bahan untuk cornflakes peroi:
25g tepung gandum
15g gula perang
24g mentega
15g cornflakes - dihancurkan sedikit

Cara membuat cornflakes peroi:
1) Campurkan tepung dan gula, kemudian gaulkan bersama mentega.
2) Masukkan cornflakes dan gaulkan campuran hingga sebati.
3) Susun pada dulang pembakar dan bakar pada suhu 180°C selama 8 minit atau sehingga keperangan.

Cara-cara menyediakan trifel:
1) Letakkan 1 sudu besar kastard ke dalam setiap bekas yang digunakan untuk membuat trifel.
2) Potong swiss roll mengikut bentuk bekas yang digunakan dan masukkan swiss roll sebagai lapisan kedua selepas kastard.
3) Tuangkan jeli strawberi sebelum jeli mengeras ke dalam bekas yang digunakan selepas lapisan kek swiss roll.
4) Sejukkan dalam peti sejuk supaya jeli mengeras.
5) Letakkan lebihan kastard kedalam bekas yang digunakan dan taburkan cornflakes peroi. Hidangkan sejuk.

haaa . . terkejut tak ? memang nampak macam banyak tapi bila dibuat senang je . . asalkan kita buat ikut steps . . daripada kastard hingga peroi tuu . . yang ni pun satu resepi yang direquest oleh kakak saya . . hehe suka betul dia makan makanan camni . . okay, jangan malas yer . . cuba jangan tak cuba ! ;)

yumm3~ sejuk2 sedap . . :)

Saturday, July 6, 2013

Resepi Swiss Roll Gebu

Assalamualaikum . . haii semua !! lame dah tak update . . hehe nasib baik program '1 Week 2 Recipes' tetap jalan . . kalau tak . . huhu okayy . . kali nih bonus recipe saya nak kongsi resepi dari majalah Seri Dewi & Keluarga edisi Julai 2013 Bil. 211 . . resepi asal adalah Swiss Roll Oreo tapi saya lebih suka olah cara saya :) . . ni resepi kedua yang saya cuba sebab resepi pertama yang saya guna, swiss roll ni jadi bantat dan macam kek lapis biasa je . . mungkin saya silap tapi entahla . . so, saya cuba resepi baru ni dan hasilnya, walahh ! hehe jom kita cuba dulu~

RESEPI SWISS ROLL GEBU
Bahan A:
2 biji kuning telur
30gm minyak masak
40gm air sejuk
50gm tepung gandum - diayak
1/8 sudu teh baking powder - diayak
Secubit garam - saya tak letak pun

Bahan B:
2 biji putih telur
30gm gula halus
1/8 sudu teh krim tartar (cream of tartar)

Bahan-bahan inti:
Jem strawberi - atau mana-mana jem kesukaan anda
Whipping cream - diputar hingga kembang dan gebu
Beberapa biji buah strawberi - jika suka

Cara-cara:
1) Pukul kuning telur bersama tepung yang telah diayak sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2) Masukkan air sejuk dan minyak masak dan pukul sehingga adunan sebati.
3) Dalam mangkuk lain, pukul putih telur hingga kembang dan gebu seperti meringue, masukkan gula dan krim tartar dan pukul lagi hingga kembang gebu dan sebati.
4) Masukkan adunan putih telur (meringue) tadi ke dalam adunan tepung dan kuning telur tadi dan kaupbalikkan menggunakan spatula sehingga kedua-dua adunan sebati.
5) Lengserkan loyang dengan marjerin atau mentega dan letakkan kertas pembakar dan lengserkan lagi mentega di atas kertas pembakar tadi. Masukkan adunan dan ratakan dalam loyang.
6) Bakar di dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 160°C. Setelah masak, biarkan sejuk seketika.
7) Setelah swiss roll tadi sejuk, sapukan whipping cream pada swiss roll dan sapukan pula jem kesukaan anda dan susun buah secara selari. Gulung swiss roll anda dan potong sebelum dihidangkan.

okay, resepi ni sebenarnya permintaan kakak saya sebab dia sangat suka makan swiss roll ni . . selain boleh dimakan sebagai swiss roll, saya ada juga gunakan dalam resepi lain seperti trifle . . haa, kalau nak tau resepi ni kena tunggu minggu depan :) . . versi swiss roll saya ni saya tak letak pun buah kat tengah-tengah swiss roll tu sebab terlupa beli . . hehe dan satu lagi kalau anda rasa adunan berbau agak hanyir kerana telur, anda boleh tambahkan 1 sudu teh esen vanilla . . kalau suka, cuba ye~ :)


saya tak pandai menggulung so dapat lerr rekahan-rekahan . . huhu :)

Tuesday, July 2, 2013

Resepi Murtabak Maggi

Assalamualaikum . . :) kan senang kumpul banyak-banyak resepi, boleh terus buat entry . . tapi, saya try an error dulu tau sebelum nak share ni . . yela . . yang tak sedap buat apa nak dikongsi . . kita kena kongsi kebaikan . . :) okay, resepi ni pun salah satu resepi mama saya . . saya dah makan murtabak maggi ni dari kecik lagi . . rasanya sedap dan tak pernah cukup . . hehe apalagi, jom cuba !

RESEPI MURTABAK MAGGI
Bahan-bahan:
2 paket Maggi kari - dicelur
200g daging kisar
2 biji bawang besar - dicincang
5 biji telur

Cara-cara:
1) Pukul telur hingga sebati kuning dan putih telur.
2) Campurkan daging kisar dan bawang yang dicincang.
3) Masukkan mee maggi yang dicelur tadi dan gaul sebati tapi pastikan mee tadi tidak hancur.
4) Masukkan rempah mee maggi kari dan kacau sebati.
5) Bakar didalam kuali leper anti-lekat hingga keperangan.

okay . . memang steps dan bahan dia sikit . . tapi rasa dia sedap . . :) dan kalau nak campur dengan daun ketumbar sikit dalam bahan tadi pun tak apa . . hidangkan dengan sos cili untuk rasa pedas . . cuba jangan tak cuba . . :)

tadaa ! breakfast da siap :)

Resepi Puding Karamel

Assalamualaikum . . :) maafla kali ni memang betul lewat saya update entry . . huhu bukan apa, saya mencari resepi yang boleh saya kongsikan . . sebab saya sentiasa try an error dulu resepi yang ada . . kalau betul-betul sedap dan menjadi baru saya kongsikan . . okay, sekarang saya nak kongsi satu resepi yang dah biasa dengan masyarakat sekarang, resepi puding karamel . . ada yang panggil puding gula hangus . . apa-apa pun, resepi ni sangat famous kalau bulan puasa . . so, daripada bazir duit, baik buat sendiri kan ? sedap pun sedap . . :) jum tengok~

RESEPI PUDING KARAMEL
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1/2 cawan air - untuk karamel
1 cawan air - untuk puding
3sudu besar gula - untuk puding
5 biji telur
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
1) Masak gula di atas api sederhana hingga berwarna keperangan dan masukkan 1/2 cawan air. Kacau sehingga sebati gula dan air dan tidak berketul.
2) Setelah gula tadi sebati, tutup api dan terus masukkan gula hangus ke dalam bekas untuk elakkan gula hangus ini mengeras.
3) Pukul telur supaya sebati putih dan kuning telur. Ketepikan dahulu.
4) Panaskan susu cair di atas api sederhana sehingga suam-suam kuku dan masukkan 3 sudu besar gula bersama 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan tutup api.
5) Tuang telur yang dipukul kedalam susu sambil ditapis supaya tidak berketul dan kacau sebati.
6) Tuangkan pula susu bersama telur tadi ke kedalam bekas yang berisi gula hangus tadi.
7) Kukus selama 20-30 minit sehingga puding tersebut masak.
8) Setelah puding tadi dibiarkan sejuk seketika, masukkan dalam peti ais jika anda suka ianya dihidangkan sejuk.

emmm . . sedap . . tapi cabaran masa saya buat puding ni masa nak tuang air lepas gula dah jadi perang sebab air tu menggelegak sangat lepas tu gula pulak macam keras berketul-ketul . . tapi lepas kacau sekejap, menjadi jugak hasilnya . .  Selamat mencuba ! :)

comel dan tak muak letak dalam bekas kecik :)