RESEPI KEK KUKUS SNOWBERRY
Bahan-bahan untuk kek:
4 biji telur - sejuk dari peti
1/2 cawan gula halus - tak suka manis kurangkan sikit
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu besar ovalette
75ml susu cair
1/4 sudu kecil garam
50ml minyak sayur atau minyak jagung - tapi saya hentam pakai minyak masak je
1/2 sudu kecil esen vanilla
Jem strawberry/blueberry
Pewarna merah
Perisa strawberry
Bahan-bahan untuk snow meringue:
4 biji putih telur - gred C pun tak apa sebab saya buat dapat banyak
1/2 cawan gula - kalau tak nak manis kurangkan ye
Cara-cara:
Untuk kek :
1) Ayak tepung dengan baking powder.
2) Pukul telur dan gula sampai kembang dan gebu. Kemudian, masukkan tepung yang diayak tadi diselangselikan dengan susu dan pukul hingga kembang.
3) Masukkan garam, esen vanilla dan ovalette. Pukul sehingga kembang gebu dan ringan.
4) Masukkan minyak dan kaupbalikkan dengan spatula.
5) Bahagikan adunan kepada dua. Masukkan pewarna merah sedikit untuk beri kesan warna merah jambu dan masukkan perisa strawberry kedalam salah satu adunan.
6) Sapukan loyang dengan sedikit minyak atau margerin. Tuangkan adunan strawberry dahulu sebagai base. Kukus selama 5-7 minit. Kemudian, masukkan pula adunan putih dan picitkan jem blueberry/strawberry sedikit-sedikit. Kukus lagi selama 5-7 minit.
7) Ulang langkah 6 dan akhiri lapisan dengan adunan strawberry dan kukus selama 20 minit.
8) Kalau nak lagi cantik, setelah kek tadi sejuk, potong mengikut bentuk yang disukai.
Untuk snow meringue :
1) Pukul putih telur sehingga kembang dan memutih. Untuk pastikan ianya dah kembang, cuba terbalikkan bekas dan telur tadi tak akan jatuh.
2) Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil memukul lagi adunan. Pukul adunan ini sehingga kembang dan tak jatuh seperti putih telur tadi.
3) Panaskan susu cair atau susu segar dan rebus meringue tadi kecil-kecil.
4) Setelah 3 minit direbus, angkat dan letak diatas kek tadi.
Haaa . . kan dah jadi . . hehe sebenarnya ingat nak buat sos blueberry lagi letak atas snow tu tapi rasa macam terlampau manis pulak . . ni pun da okay nak makan . . ingat, api sederhana je tau . . nanti kek tu merekah pulak . . Kuning telur saya goreng buat omelette dan susu rebus tu saya buat air epal susu blend dengan ais . . hehe barula tak membazir . . Selamat mencuba ye . . :)
alololo comeynye . . hehehe :)
No comments:
Post a Comment
tengok2 ;) meh comment meh~