Monday, June 17, 2013

Resepi Apam Polkadot Gebu

Assalamualaikum readers semua :) akhirnya setelah sekian lama menyepi terdetik jugakla nak update balik blog ni . . tapi kali nih nak update tentang masakan sahaja, Insya-Allah . . dan seperti tajuk saya diatas, saya akan update 2 resepi setiap minggu dan kalau ada tambahan resepi lagi untuk minggu tersebut saya akan masukkan dalam 'Bonus Recipe' . . okay, harini saya nak update 2 resepi pertama yang akan menghiasi blog saya ni iaitu 'Apam Polkadot' dan 'Roti Jala dan Kari Daging' . . haa, amacam best tak ?? apam polkadot nih saya dah pernah buat dulu tapi merekah dan bantat . . so, baru-baru ni saya search internet dan terjumpa blog galeri mama mimi . . adala resepi apam polkadot nih yang gebu (katanya la..) . . so nak try an error, saya cuba resepi dia . . dan ambik nota-nota penting yang diberikan . . Alhamdulillah memang betul-betul gebu dan mak saya suka sangat :) . . galeri mama mimi ambil resepi tersebut dari majalah Rasa . . saya ada banyak jugak majalah Rasa ni(koleksi mak saya..hehe) tapi kalau nak belek satu-satu jenuhla sebab saya tak ingat edisi mana yang ada resepi apam nih . . mujurlah internet sekarang di hujung jari dan terima kasih banyak-banyak kepada galeri mama mimi sebab berkongsi resepi tersebut :) . . da banyak sangat berceloteh, mari kita pergi kepada resepi pertama kita minggu ni . . .

RESEPI APAM POLKADOT
Bahan-bahan:
140gm tepung gandum - diayak
1 1/2 sudu kecil baking powder - diayak
110gm gula halus
75ml susu cair atau susu segar
2 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1/2 sudu esen vanilla
Filling - saya pakai jem blueberry
Pewarna makanan - saya pakai pewarna oil base
Mangkuk kertas

Cara-cara:
1) Pukul telur dan gula sehingga kembang. Pastikan kembang tu sampai warnanya putih dan agak berbuih.
2) Masukkan tepung gandum dan baking powder yang diayak tadi diselangselikan dengan susu cair.
3) Masukkan perisa vanilla dan ovalette. Putar sehingga kembang gebu dan berwarna putih.
4) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut berapa jenis warna yang dikehendaki dan masukkan pewarna makanan.
5) Isikan adunan dalam piping bag atau plastik, gunting hujungnya dan picitkan kedalam mangkuk kertas yang telah dimasukkan kedalam acuan - saya guna acuan kuih lompang sebab nak apam ni kecil je.
6) Kukus selama 10-15 minit dan hidangkan.

Nota  Penting !!!
- Gunakan api sederhana untuk elak apam nih merekah . . Jangan gunakan api besar . .
- Untuk hasil yang cantik, balut tudung periuk kukus dengan kain bersih supaya air kukusan pada tudung periuk tak menitis kedalam adunan . .
- Pastikan ovalette diletakkan akhir sekali . .
- Dan yang paling penting, pastikan setiap kali selepas bahan dimasukkan, tunggu sehingga adunan diputar sehingga kembang gebu . . supaya adunan nanti tak bantat . . bagi saya, setiap kali lepas masukkan bahan, saya akan putar selama 10minit(pakai mixer) lepas tu baru masuk bahan lain . . so, overall masa yang saya gunakan untuk putar adunan ni adalah 30minit . . kesabaran dan penantian tu amat bernilai bila hasilnya menjadi :)

Okay, readers . . amacam ?? nak try tak ? saya pun bukan pandai sangat memasak, masih belajar untuk memasak . . :) bagi saya, memasak ni tak susah kalau kita letakkan sepenuh hati kita semasa memasak . . dan JANGAN MALAS ! hehehe kalau kita memasak dengan ikhlas, Insya-Allah masakan kita pun akan menjadi . . itu sahaja untuk resepi pertama, jangan lupa tengok resepi kedua ya . . :)

nah, Strawberry dengan telur dinosaur . . hehe :)


No comments:

Post a Comment

tengok2 ;) meh comment meh~