Sunday, June 23, 2013

Resepi Spagheti Kari Malaysia

Assalamualaikum . . hellooo~ hehe hari Ahad dikira sebagai hari pertama dalam seminggu kalau dalam kalendar kan ?? kihkihkih bukan apa . . tak sabar-sabar sangat dah nak share resepi . . :) hari-hari duk mencuba resepi baru dan olah resepi sendiri . . so harini saya nak kongsi resepi yang saya selalu makan sejak saya berumur 8-9 tahun kot . . hehe resepi mama saya, spagheti kari malaysia . . kari ? well, malaysia suka makan pedas sikit sebab tu mama saya letak serbuk kari . . tapi rasa still macam spagheti bolognese yang masam . . dan dalam entri nih saya gunakan daging kisar yang dimasak dalam kuah dan Insya-Allah saya akan buat resepi untuk spagheti bebola daging pulak lain kali . . nak cuba ?? :) jum layann . .

RESEPI SPAGHETI KARI MALAYSIA
Bahan-bahan:
430g tomato puri - lebih kurang satu tin besar
400g daging kisar - saya pakai jenama Ramly yang paket kecil
3 biji bawang besar - dicincang
2 biji bawang kecil - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
2 biji tomato - dicincang
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging - kurangkan kalau tak nak pedas
2 sudu besar rempah oregano - saya pakai jenama McCormick
Beberapa ketul sosej - dipotong nipis
1 tin cendawan butang - dipotong nipis
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1) Mula-mula, pastikan daging kisar anda telah dinyahbekukan dan berada pada suhu bilik supaya daging itu senang untuk dimasak nanti.
2) Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar, bawang kecil dan bawang putih yang dicincang tadi sehingga naik bau.
3) Masukkan daging kisar bersama bawang tadi dan pecah-pecahkan daging kepada ketulan-ketulan kecil.
4) Apabila daging kisar tadi sudah agak masak, masukkan tomato yang dicincang tadi bersama-sama cili kisar, serbuk kari daging dan tomato puri.
5) Menggunakan tin tomato puri tadi isikan air sehingga penuh dan masukkan dalam periuk tadi. Biarkan ia mereneh seketika.
6) Masukkan garam dan gula secukup rasa dan rempah oregano.
7) Apabila anda sudah mendapatkan rasa yang anda kehendaki(saya suka tak terlalu masam), masukkan cendawan dan sosej dan biarkan selama 5 minit kemudian tutup api.
8) Untuk spagheti atau makaroni, masukkan air dan 2 sudu besar minyak masak kedalam periuk lain dan masukkan spagheti anda dan biarkan air mendidih sehingga spagheti agak lembut. Angkat dan toskan spagheti anda dan hidangkan bersama-sama kuah tadi.

Wahh . . barat gitu . . :) dan kalau anda suka, bolehlah letakkan parutan keju semasa anda hidangkannya ketika masih panas . . Hmm . . bagi saya, saya boleh makan kuahnya dengan apa sahaja . . makaroni, spagheti dan even nasi ! :) hehehe tak tipu . . sebab saya suka kuah dia agak pedas dan masam . . so, selamat mencuba ye dan harap resepi ni tak terlalu kompleks dan susah . . :)

hehe tak jumpa spagheti, bantai je dengan nasi . . :)

No comments:

Post a Comment

tengok2 ;) meh comment meh~